Siakap Keli
Foto: Dr Mohd Daud Bakar

Replika Al-Quran Ganti Keris Jadi Mercu Tanda UIAM Yang Baru

Baru-baru ini kita dapat saksikan pertukaran replika Keris kepada Mushaf di pintu utama masuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Ini adalah satu detik bersejarah dimana replika al-Quran adalah replika asal dalam logo UIAM.

Menurut kiriman di Facebook Presiden UIAM, Dr Mohd Daud Bakar berkata replika pertama di universiti tersebut adalah sebuah tugu melambangkan huruf Alif sebagai simbolik kepada Iqra’. Ia kemudiannya ditukar kepada keris beberapa tahun yang lepas.

Beberapa bulan yang lepas dalam ucapan sulung saya di UIAM selaku Presiden, saya usulkan kepada pihak UIAM menimbang untuk meletakkan keris di tempat yang sesuai dengan kehebatannya dan meletakkan Mushaf sebagai replika utama UIAM sesuai dengan logo asal UIAM. Ini adalah lebih tepat dan bersesuaian dengan asal usul dan genesis UIAM.

Bagi saya replika keris perlu juga disanjung dan diletakkan di lokasi yang bersesuaian. InsyaAllah, bila semua urusan penempatan keris di kawasan Kampung Melayu berhadapan Kulliyyah Senibina siap, saya akan updatekan nanti.

 

Katanya, kos perbelanjaan menggantikan replika keris dengan Mushaf itu tidak melibatkan bajet universiti tersebut. Kos tersebut daripada beberapa individu dan agensi yang memberi sumbangan serta derma yang menyokong tindakan pertukaran tersebut.

Semoga sumbangan mereka menjadi amal ibadah mengusung replika al-Quran di persada utama sebagai simbolik kitab panduan yang bijaksana, berimpak dan berilham.

Semoga replika yang berbentuk Mushaf atau Quran yang terbuka ini adalah simbolik paling tepat bagi fraterniti keilmuan yang menadah dan memohon hidayah dan ilmu daripada langit untuk kelestarian pembinaan ilmu untuk kebajikan manusia sejagat.

Hari ini juga adalah hari besar dalam sejarah Islam…hari keputeraan manusia paling agung di dunia dan di langit. Salam dan selawat kita kepada junjungan besar Rasulullah SAW sepanjang masa dan ketika.

Kerana perjuangan bagindalah, kita mengenali Islam. Sesungguhnya al-Quran diturunkan ke atas bahu baginda SAW dengan penuh keberatan (qawlan thaqilan) kerana dalamnya mesej yang berat & besar serta berimpak tinggi kepada kehidupan manusia sepanjang masa & era.

Semoga Allah merahmati UIAM & semua pusat pengajian di mana sahaja di muka bumi ini. Keilmuan adalah pintu hidayah dan kunci kepada keilmuan adalah al-Quran.

Rata-rata pengguna facebook menzahirkan rasa syukur dan menerima tindakan baik pertukaran simbol tersebut.

“Alhamdulillah, berlakunya pada Maulidur Rasul”

“Semoga pihak UIAM terus cemerlang”

“Sesuai dgn replika Al Quran yg megah sbg lambang kehebatan Islam”

Sumber: Dr Mohd Daud

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)