Siakap Keli
Gambar: Ruptly

Universiti Anjur Program Baring Dalam Kubur, Elak Pelajar Tertekan Dengan “Exam”

Sebuah universiti telah memperkenalkan satu kaedah yang luar biasa untuk membantu pelajarnya menghadapi tekanan semasa minggu peperiksaan.

Ramai yang telah berusaha untuk menawarkan pelbagai terapi alternatif bagi membantu pelajar mengalami gangguan keresahan (anxiety) semasa minggu peperiksaan berlangsung.

Ada yang pernah menawarkan sesi terapi menggunakan anjing serta tempat senyap yang direka khas, namun lain pula ceritanya kaedah yang diperkenalkan oleh Universiti Radboud ini.

Terletak di bandar Nijmegen, Belanda, universiti tersebut pada baru-baru ini telah menjadi tular di media sosial selepas seorang alumni mendedahkan kaedah unik mereka dalam menguruskan tekanan pelajar iaitu melalui baring di dalam kubur.

Di sebalik gereja kecil yang digunakan pelajar, ada sebuah liang lahad yang terbuka. Walaupun liang lahad itu tidak berfungsi seperti yang sepatutnya, namun permintaan untuk masuk ke dalamnya sangat tinggi.

Gambar: Ruptly

Pengalaman baring di dalam kubur itu boleh ditempah selama minimum 30 minit dan paling maksimum tiga jam.

Menurut pelajar, projek yang luar biasa itu menjadi sangat popular sehingga ada senarai menunggu bagi mendapatkan tempat untuk menggunakan kubur tersebut.

Seorang pelajar bernama Sean McLaughlin berkata: Saya dan teman serumah saya bercadang untuk pergi ke sana seminggu yang lalu, namun kami mendapati bahawa terdapat senarai menunggu untuk masuk ke dalam kubur tersebut, ianya telah menjadi sangat popular, walaupun kami tidak berpeluang untuk merasainya, namun saya berharap kami akan dapat merasainya nanti.”

Kubur tersebut turut dilengkapi dengan selimut serta tikar yoga untuk keselesaan semasa bermeditasi.

Menurut pengasas projek John Hacking, kubur tersebut sebenarnya bertujuan untuk membuatkan orang ramai menghargai masa mereka semasa hidup di dunia ini.

John memberitahu kepada Ruptly: “Pengakhiran kepada kehidupan adalah kematian dan ianya sukar untuk dibicarakan kepada pelajar khususnya bagi yang baru berumur 18, 19 dan 20 tahun.”

Dipopularkan melalui poster kampus dengan tajuk “memento mori” dalam bahasa latin yang membawa maksud “beringat yang anda juga akan mati”, pengalaman memasuki kubur tersebut boleh ditempah selama 30 minit secara minimum sehingga paling lama selama 3 jam.

Sumber: SDE

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.