Siakap Keli
Kredit: Physics & Astronomy Zone

(Video) Menakjubkan, Imbasan MRI Dedahkan Apa Yang Sebenarnya Terjadi Dalam Mulut Ketika Manusia Bercakap

Macam mudah je kan kita bercakap. Apa yang ada dalam otak, laju je terpacul pada bibir. Kita tak perlu fikirkan pun bagaimana nak kawal lidah dan bibir – melainkan bila bercakap dalam bahasa asing yang baru dipelajari. Tetapi tahukah anda, ia sebenarnya tak semudah itu.

Laman Physics & Astronomy Zone baru-baru ini berkongsi video imbasan magnetik resonan (MRI) menunjukkan pergerakan bahagian dalam mulut kita ketika kita bercakap.

Video yang mendapat lebih 1 juta tontonan dan lebih 27 ribu ulang kicau itu membuatkan ramai teruja melihat proses berkenaan.

Rumit, kan? Hargainya untuk sebarkan kasih sayang dan keceriaan

Betapa kompleksnya penciptaan kita

Sementara itu, ada juga warga maya yang meluahkan rasa tidak senang duduk menonton video berkenaan.

Menjijikkan

Takut nak bercakap

Tak kurang juga ada yang tampil dengan imaginasi tersendiri.

“Macam seekor tikus cuba melepaskan diri.”

“Anda patut lihat imej ketika menelan. Sangat kompleks, dan itulah sebabnya ramai pesakit strok hilang kemampuan itu.”

Teringin nak tengok gambaran ni bila Eminem rap “Rap God”

Jom tonton videonya di bawah.

Sumber: Physics & Astronomy Zone

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.