Siakap Keli
Kredit Foto: facebook Aresif Pok Are

Geng-Geng Mat Motor ‘Ride’ Sambil Beramal, Kumpul Ribuan Ringgit Bantu Bapa Tunggal

Ramai yang menganggap budak-budak motor banyak mendatangkan masalah kepada masyarakat. Namun, tidak semua yang bersifat sedemikian. Masih ramai yang mempunyai belas ehsan kepada insan yang memerlukan.

Menurut satu perkongsian daripada Aresif Pok Are, sekumpulan geng permotoran berusaha mengumpulkan derma bagi membantu seorang bapa yang menjaga tiga anak istimewanya yang telah tular baru-baru ini.

En. Zin bersama-sama tiga anak istimewanya

Geng permotoran tersebut sanggup datang berkunjung ke rumah En. Zin beramai-ramai bagi menyerahkan sendiri kutipan derma yang berjaya mereka kumpul itu.

Dana yang berjaya dikumpulkan diserahkan sendiri oleh geng permotoran kepada En. ZinGe

Alhamdulillah Kutipan derma dari semua perwakilan team permotoran berjumlah *RM25,140*.

Bagi meringankan beban En.Zin menyara 3 anaknya yang dilahirkan OKU.

Terima Kaseh diatas sumbangan dari semua pihak yg diterima bertali arus, sehingga saat akhir penyerahan masih lagi ada yang memberi.

Sesungguhnya segala kesusahan yg dialami dan dugaan yg diharungi oleh En.Zin amat-amat menyentuh hati kami.

Kami mendokan pihak keluarga En.Zin bertabah dan sentiasa didalam rahmatNYA InnshaALLAH Aminnn..

Next location insyallah kami teruskan..

Sumber: Aresif Pok Are

Siti Natrah Jusof