Saya pernah terbaca tentang fenomena melatah ini yang dikatakan hanya ada pada orang melayu sahaja. Tapi adakah begitu? Kerana bangsa lain juga menghadapi sindrom kejut ini.
Melatah dikatakan unik dalam masyarakat Melayu dan dikatakan sebagai sindrom berkait budaya (culture-bound syndrome (CBS). CBS ada banyak, dan dalam masyarakat Melayu pun ada banyak. Selain melatah, contoh CBS lain ialah mengamuk.
Melatah ni berbeza dengan kaum yang lain walaupun ia berkenaan reaksi yang sama. Contohnya sindrom Jumping Frenchmen of Maine yang ada di sekitar utara Amerika.

