Siakap Keli

Cikgu Hidap Kanser Limfoma, Ambil Tempahan Khas ‘Nametag’ Khat Atas Katil Meninggal Dunia

Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan satu perkongsian yang tular di media sosial berkenaan dengan seorang guru yang menghidap kanser Limfoma.

Bagaimanapun, dalam satu perkongsian facebook yang dibuat oleh Mira Jamal JayKay sebentar tadi, Cikgu Izzudin dilaporkan sudah pergi menghadap Illahi.

Wanita tersebut melaporkan bahawa Cikgu Izzudin telah menghembuskan nafas terakhirnya pada maghrib tadi.

Walaupun begitu, wanita tersebut menyeru kepada orang ramai supaya teruskan menyokong bisnes yang ditinggalkan oleh Arwah.

Dalam perkongsian yang tular sebelum ini ada menceritakan tentang kisah Cikgu Izzudin yang tidak mengenal erti mengaku kalah dalam menampung kehidupan keluarga serta perbelanjaan membeli tong oksigen walaupun dirinya diduga dengan penyakit kanser.

Sungguhpun tidak sihat dan bergantung hidup melalui tong oksigen di atas katil hospitalnya, perkara tersebut tidak menghalangnya berusaha untuk memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah S.W.T kepadanya.

Salam takziah di ucapkan kepada keluarga Arwah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Kredit: Mira Jamal JayKay

Aqmal Ezany

I write what is right