Siakap Keli

Pelajar SPM Gigih Lap Cermin Mata Kabur Teruk Sebab Tak Mampu Beli Baru Undang Sebak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tak mudah untuk mencari rakan yang benar-benar tulus dalam persahabatan. Sering kita dengar mengenai kisah kawan yang hanya ada masa kita senang. Tapi jarang-jarang kita dengar mengenai kawan yang ada dikala susah dan senang.

Menurut satu perkongsian @ekaldowski yang memuat naik satu posting mengenai seorang rakannya yang ingin menduduki peperiksaan SPM tapi masih menggunakan kaca mata lama yang sudah kabur dan rosak.

Menurutnya, Faizal yang telah kehilangan keluarganya kini tinggal bersama bapa saudaranya.

Mereka dikatakan tidak pernah belajar dalam satu kelas yang sama namun saling mengenali antara satu sama lain sejak daripada kecil lagi.

Dia berasa kasihan dengan nasib yang menimpa rakannya itu telah memuat naik satu posting bagi membantu Faizal untuk mendapatkan kaca mata baru bagi memudahkannya menduduki SPM.

Bagi membantu Faizal mendapatkan cermin mata baru, @ekaldowski telah memuatnaik satu posting di laman twitternya bagi mendapatkan sumbangan supaya rakannnya itu dapat menggunakan cermin mata baru ketika menduduki peperiksaan SPM.

Faizal dilihat beberapa kali mengelap cermin matanya itu kerana tidak selesa dengan keadaan cermin matanya yang sudah kabur dan rosak itu.

Faizal dilihat sedang membersihkan cermin matanya

Hasil daripada sumbangan pengguna twitter, dia telah berjaya mendapatkan cermin mata baru untuk rakannya itu bagi memudahkannya dalam menduduki peperiksaan SPM.

Sifatnya yang begitu mengambil berat mengenai rakannya itu harus diberi pujian. Dia mungkin tidak dapat menghulurkan bantuan dari segi kewangan, namun usaha yang dilakukannya itu perlu diteruskan supaya dapat membuka mata generasi akan datang untuk saling bantu membantu antara satu sama lain.

Sumber: ekaldowski

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.