Siakap Keli

Telinga Di Leher, Hidung Persis Muncung Khinzir, Keluarga Diuji Kelahiran Bayi ‘Luar Biasa’

Seorang bayi perempuan yang dilahirkan di klinik swasta di ibu kota Azerbaijan Baku telah mengejutkan ramai orang apabila wajahnya dikatakan begitu aneh daripada bayi yang biasa.

Bayi tersebut telah dilahirkan dengan mempunyai hidung yang seakan-akan muncung khinzir. Selain itu, telinganya dikatakan terletak dileher dan juga mulut bayi berkenaan hampir tidak kelihatan.

Menurut laporan media tempatan, organ dalaman bayi berkenaan berfungsi dengan baik dan doktor mengesahkan bahawa bayi tersebut mempunyai kesihatan yang baik.

Terkesan dengan perkara itu, Ketua Perbidanan dan Sakit Puan Azerbaijan, Sevyndzh Mamedova berpendapat bahawa ibu seharusnya dimaklumkan mengenai perkembangan anak semasa pemeriksaan ultrabunyi pada bulan ketiga kehamilan. Oleh itu, pihak keluarga boleh memutuskan sama ada hendak meneruskan kehamilan ataupun tidak.

Sumber: Daily Star UK

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra