Siakap Keli

“Terharu, Tengok Dia..,” Lelaki Dipercayai Kurang Siuman, Tolong Buka Laluan Untuk Ambulans Sentuh Hati Netizen

Baru-baru ini, tular sebuah video seorang lelaki yang dikatakan kurang siuman telah menolong membuka ruang laluan trafik kepada ambulans yang dipercayai sedang dalam kecemasan.

Menurut laporan, pemandu ambulans itu terpaksa melalui jalan sesak dan berhenti beberapa kali kerana tiada ruang untuk bergerak.

Namun, entah dari mana muncul seorang lelaki yang kelihatan sedikit tidak terurus menjerit dan meminta orang ramai memberi laluan kepada ambulans tersebut untuk melaluinya.

Video itu jelas mengundang sebak orang ramai yang mendoakan agar lelaki tersebut dikurniakan kesihatan yang sihat.

                                           

Sumber : ambulance_bdg_ai

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)