Siakap Keli
Gambar Hiasan (Kredit Foto: kumparan, liputan6)

Undang-Undang Wajibkan Vaksin Demam Campak Lulus, Ibu Bapa Ingkar Berdepan Denda Belasan Ribu Ringgit

Jerman mewajibkan pengambilan vaksin campak ke atas kanak-kanak bermula Mac 2020 sebagai usaha untuk menghapuskan wabak penyakit tersebut.

Kredit Foto: popmama

Undang-undang tersebut telah diluluskan di dewan rakyat Bundestag semalam yang menyatakan bahawa ibu bapa yang gagal memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak boleh dikenakan denda sebanyak  2,500 Euro (RM11,545).

Peraturan baru ini akan berkuatkuasa pada bulan Mac dan ibu bapa perlu memastikan anak masing-masing menerima suntikan vaksin sebelum memasuki prasekolah.

Semua petugas pusat jagaan harian, institusi pendidikan dan pusat perlindungan pelarian juga turut diwajibkan mengambil suntikan vaksin ini.

Kredit Foto: honestdocs

Menteri Kesihatan Jerman, Jens Spahn menyatakan jangkitan campak adalah ancaman yang perlu ditangani supaya kanak-kanak terhindar daripada penyakit ini.

Sumber: Dailymail

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.