Siakap Keli

Ulat Buku Perlu Tahu, Ini Sejarah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

PBAKL atau penuhnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang juga dikenali sebagai Kuala Lumpur International Book Fair merupakan satu acara yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pencinta buku. Tidak hairanlah ada yang menggelarkannya sebagai “Hari Raya Orang Buku”.

@PopPelangi ada berkongsi di Twitternya tentang sejarah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang mungkin ramai tidak tahu.

SEJARAH PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR

PBAKL dianjurkan hampir setiap tahun dan pada tahun hadapan, ia dikatakan akan berlangsung di tempat yang saya sering beli pokok bunga orkid semasa pameran pertanian di situ iaitu Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)

Ini sejarah tentang pesta buku terbesar Asia Tenggara.

Pada tahun 1972, @UNESCOmengumumkan bahawa tahun itu sebagai Tahun Buku Antarabangsa. Sejajar dengan itu, pelbagai pameran buku dari syarikat tempatan mengambil inisiatif daripada promosi UNESCO ini.

Bagaimanapun, ia diadakan secara persendirian oleh syarikat buku di merata tempat dengan diskaun dan promosi oleh syarikat masing-masing.

Bagaimanapun selepas itu ia dilangsungkan dalam sekala lebih kecil, sehingga pada tahun 1976, Persatuan Penerbit Buku Malaysia bercadang ia dianjurkan secara berpusat untuk memudahkan pemasaran.

Pesta buku ini dinamakan sebagai “Pameran Buku Kebangsaan”, yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur.

Pameran ini menarik ramai pengunjung, terutamanya pelajar universiti seperti UM, UKM, ITM dan institusi pengajian tinggi di sekitar Kuala Lumpur.

Oleh kerana sambutan yang hangat daripada pelajar universiti, ia kemudiannya dianjurkan di Dewan Tunku Canselor pada 1982, dengan dikenali sebagai Pesta Buku Malaysia.

Arwah ayah bertemu jodoh dengan arwah ibu sebagai pembeli dan penjual buku di pesta buku ini.  Pada tahun 1988, ia dianjurkan di Changkat Pavillion (ia bukan Pavillion pusat membeli belah itu, itu siap dibina pada tahun 2005.)

Pada tahun 1991, barulah ia dipindahkan ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan ditambah perkataan antarabangsa apabila beberapa syarikat buku dari luar negara seperti Indonesia, Thailand dan Jepun menyertai pameran buku ini.
Semenjak 1991, ia dianjurkan di PWTC kecuali pada tahun 2016 yang berlangsung di tempat saya beli bunga orkid di kebun rumah saya tu.
Dan disebabkan pengalaman buruk itu, tempat ini tidak disukai oleh penerbit buku, penulis atau peminat buku disebabkan lokasinya yang jauh dengan pusat bandaraya serta ketiadaan pengangkutan awam (harus diingat, kebanyakan pengunjung adalah pelajar)
Bagaimanapun pihak penganjur berpendapat mereka memilih tempat saya beli bunga orkid tu sebab faktor tapak sewa yang lebih murah serta kawasan yang lebih luas untuk menampung lebih ramai pengunjung. (Tapi logiknya apa guna kawasan luas kalau tempat tu susah nak dikunjung?)
Apapun, sambutan terhadap pesta buku sebenarnya merosot. Pada tahun 2015 misalnya ia menarik 2.6 juta orang pengunjung, manakala di tempat saya beli orkid tahun 2016 tu pun 2.2 juta orang. Pada tahun 2018 pula cuma 1.5 juta manakala tahun lalu, tak sampai 1 juta orang.
Antara yang saya fikirkan menjadi faktor penurunan pengunjung ini kerana ketiadaan baucar buku, serta kemunculan bahan bacaan dalam internet yang boleh diakses di hujung jari. Harus diingat, pengunjung utama acara ini ialah pelajar universiti.
Sumber : Pop Pelangi

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)