Siakap Keli
Kredit Foto: AFP

Israel Keluar Notis Rampas Lagi Ribuan Meter Tanah Palestin

Media melaporkan ‘gerakan’ terbaru pihak berkuasa Israel yang bertindak mengeluarkan notis bagi merampas ribuan meter persegi tanah persendirian milik penduduk Palestin di tebing barat.

Notis rampasan tanah itu dikeluarkan oleh pihak berkuasa Israel yang memperlihatkan penglibatan tanah di bandar dan perkampungan Salvit.

Kredit Foto: Sinar Harian

Sejak Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengambil alih jawatan di Rumah Putih pada tahun 2017, Tel Aviv semakin berkuasa dalam projek pembinaan penempatan haram baharu dan rejim Zionis juga giat merampas tanah milik penduduk di Tebing Barat dan Baitulmaqdis untuk membina jalan, tembok dan unit perumahan untuk pendatang Yahudi.

Kredit Foto: AFP

Mereka telah merobohkan ratusan rumah dan bangunan secara paksa serta menebang ribuan pokok zaitun milik penduduk Palestin.

Sejak pencerobohan Israel ke atas wilayah Palestin pada 1967, kira-kira 600,000 pendatang haram Yahudi tinggal di 230 penempatan haram.

Sumber: Sinar Harian

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra