Siakap Keli

“Tolong Jangan Kacau Netflix, Sekiranya Pihak Kerajaan Nak Sekat Netflix Saya Akan Baring Di hadapan FINAS” – Sharifah Sakinah

Semalam, CEO Finas, Ahmad Idham mencadangkan agar kerajaan untuk mengkaji serta menapis kandungan Netflix. Cadangan tersebut nyata mendapat tentangan dan kecaman hebat daripada netizen-netizen yang melanggani aplikasi berkenaan.

Selain daripada netizen, beberapa selebriti juga nyata tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Apa tidaknya, pelanggan yang mempunyai aplikasi berkenaan perlu membayar yuran langganan pada setiap bulan untuk mengaksesnya.

Menerusi perkongsian di laman Instagram sharifah_sakinah, selebriti drama ini juga menyatakan ketidaksetujuannya dalam cadangan untuk menapis kandungan Netflix. Jelasnya melalui perkongsian itu, terdapat cara lain untuk menapis kandungan Netflix ekoran kebimbangan ibu bapa terhadap kandungan aplikasi berkenaan.

Antara langkah yang dicadangkan oleh selebriti itu adalah ibu bapa  perlu menetapkan kata laluan untuk menghalang daripada anak-anak menonton adegan yang tidak sepatutnya. Tambahnya lagi, adalah lebih baik untuk tidak melanggannya daripada menyebabkan kandungan Netflix ditapis.

https://www.instagram.com/p/B498JVNBZz0/?utm_source=ig_web_button_share_sheet&fbclid=IwAR1cMTm1e7fjACTpbBM5kMvbGnSYisXri5JV4VnYABedAjf7CusJxEseBcc

Please jangan kacau Netflix

“Tolong jangan kacau Netflix. Sekiranya pihak kerajaan nak sekat Netflix, saya akan baring di hadapan FINAS dengan rakan-rakan, boleh singgah Zoo Negara sekali. Ianya tidak adil.”

Ekoran daripada perkongsian itu, beberapa orang selebriti lain dan netizen bersetuju dengan pendapat yang disuarakan oleh Sharifah Sakinah.

Sumber: Sharifah Sakinah

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra