Siakap Keli

(Video) Bukan Pondan, Hanya Watak Teater, Pelajar UiTM Beri Penjelasan

Satu video yang memaparkan seorang ‘pondan’ memimpin bacaan doa dan lengkap berpakaian seperti wanita telah menjadi tular di media sosial pada baru-baru ini.

Video tersebut telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen sehingga ada yang turut mencemuh serta menegur dengan mengaitkan tentang soal halal haram dari sudut Islam.

Sungguhpun begitu, ramai yang tidak mengetahui bahawa ada cerita lain sebenarnya yang berlaku di sebalik video yang pasti kebanyakan daripada kita terus memandang serong sewaktu kali pertama melihat video tersebut.

Beberapa pengguna Twitter yang mendakwa diri mereka sebagai salah seorang pelajar dimana “pondan” tersebut belajar ada mendedahkan perkara sebenar di sebalik video tersebut.

Video yang berdurasi selama 31 saat itu telah mendapat jumlah tontonan sebanyak lebih 300 ribu. Hanya dalam masa 31 saat sahaja sudah cukup boleh menimbulkan pelbagai reaksi negatif serta prasangka daripada netizen di media sosial.

Ada netizen yang percaya

Kisah yang sebenarnya

Sumber: @Rararaihan

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.