Siakap Keli
Kredit: Galeri Lori dan Bas/Laffaz

“Walaupun Sibuk Kerja Tiang Agama Tak Dilupa”, Tular Gambar Lelaki Solat Atas Treler, Netizen Pohon Dijadikan Ikhtibar

Solat itu tiang kehidupan. Sesiapa yang meruntuhkan solatnya, maka dia meruntuhkan hidupnya, kata Ustazah Asma Harun dalam satu ceramah beliau di Youtube.

Kadang-kadang, kita tengok orang kelainan upaya bersusah payah untuk menunaikan solat, tapi mereka tetap solat. Ada yang kerjanya biasa-biasa sahaja, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tapi wajahnya tenang, hidupnya senang.

Kenapa? Pasti ada sesuatu yang membuatkan mereka tetap gigih menunjukkan kecintaan kepada-Nya walaupun teruji sepertimana lelaki tua yang buta ini.

“Tuhan telah mengambil penglihatannya tetapi bukan mata hati dan imannya.”

https://www.youtube.com/watch?v=rlt3sc_6rmg

Kejayaan selalu diukur dengan material. Namun hakikatnya kejayaan hakiki ialah yang memberi ketenangan hati.

Ramai selebriti antarabangsa yang meluahkan rasa kekosongan dalam jiwa, terkapai-kapai menyusuri hidup dan akhirnya membuat keputusan untuk membunuh diri walhal jika dilihat dari segi kekayaan, sokongan peminat, mereka ada segala-galanya. Sungguh menghancurkan hati.

Ada yang meluahkan kekosongan jiwa melalui karya mereka, seolah-olah tercari-cari sesuatu untuk mengisi hati. Ada yang isi dengan hiburan dan mengambil bahan terlarang untuk melupakan masalah dunia, namun nikmatnya sementara, seterusnya sengsara.

Benarlah, kejayaan sebenar bukan dari berapa banyak pendapatan kita, tapi hati kita. Baru-baru ini, tular sekeping gambar seorang lelaki menunaikan solat di atas trelernya. Biarpun lokasi dan masanya tidak diketahui, gambar tersebut pastinya berjaya membuatkan netizen terjentik hati.

“Jaga solat kerana di situ ada kejayaan. Kejayaan sebenar bukan dari berapa gaji kita, tapi dari ketaatan kita sebagai hambaNya,” tulis laman Galeri Lori dan Bas melalui perkongsian mereka.

Kredit: Galeri Lori dan Bas

Semoga kita diberi kekuatan untuk mencontohi beliau dalam menjaga hak iman di hati. Apapun, utamakan keselamatan juga ya.

Sumber: Galeri Lori & Bas, Road2Wisdom

Amira

Love yourself.