Siakap Keli
Gambar hiasan

Pihak Polis Ada Kuasa Untuk Periksa Telefon Bimbit Orang Awam, Tapi Individu Boleh Buat Laporan Jika Tak Ikut SOP

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhak untuk memeriksa telefon bimbit orang awam yang disyaki melakukan kesalahan seperti menghantar kandungan komunikasi lucah dan palsu.

Melalui peruntukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Akta 588, pegawai polis yang menyiasat boleh mengambil tindakan menyemak kemudahan dan perkhidmatan rangkaian termasuk telefon bimbit milik individu.

Walau bagaimanapun, orang awam boleh membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran sekiranya pegawai polis yang memeriksa telefon bimbit tersebut tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.