Siakap Keli

(Video) Dah ‘Naik’ Tiba-Tiba Hilang, Lelaki Kongsi Video Detik Tumpangkan Lembaga Putih

Unsur mistik sememangnya wujud di dalam persekitaran kita seperti yang diceritakan di internet dan orang disekeliling kita. Terdapat pelbagai pengalaman yang dikongsikan di media sosial dan ianya sememangnya memberikan kesan takut kepada kebanyakan orang.

Walaupun kita tahu dan percaya bahawa alam ghaib itu sebenarnya wujud, pasti sukar bagi kita untuk mempercayainya selagi ianya tidak terjadi pada diri kita sendiri bukan?

Namun, menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh Mohd Hairul Anuar Safar di laman Facebook miliknya, satu rakaman yang memaparkan entiti yang dipercayai hantu pocong terlihat di dalam sebuah kereta.

Menerusi video berkenaan, pemandu berkenaan seperti berdialog dengan entiti yang dapat dilihat di sebalik cermin pandang belakang kereta berkenaan.

Aku nak balik Seremban, kau nak balik mana aku taktahu. kalau kau rasa dah sampai, kau hilang okay. Nak tumpang, tumpang, taknak bayar sudah.

Berdasarkan rakaman video yang lain, pemandu berkenaan sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa “dia” tidak membayar sebarang bayaran kerana menumpang kereta berkenaan.

Walaupun kejadian-kejadian aneh sebegini tidak dapat dibuktikan dengan logik akal, kita sebagai manusia biasa ini perlulah mempercayai tentang wujudnya alam ghaib serta makhluk halus seperti yang telah kita pelajari dalam Islam.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra