Siakap Keli

“Walaupun Kami Disambut Dengan Balingan,..” Lupakan ‘Kisah’ Lalu, Penyokong Indonesia Disambut Mesra

Jika diimbau kembali kontrovesi yang melibatkan penyokong Harimau Malaya yang dipercayai diserang oleh penyokong-penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno tiga bulan yang lepas, pelbagai spekulasi yang timbul ekoran perkara itu.

Walaupun perlawanan tersebut dicemari oleh kekecohan itu, terdapat juga segelintir penyokong Malaysia yang memandang perkara tersebut dari sudut positif.

Posting yang dibuat pada tiga bulan lepas itu turut mendapat reaksi positif bagi kebanyakan warganet dalam kalangan rakyat Malaysia. Perkara ini terbukti ekoran terdapat perkongsian di Twitter yang memaparkan Indonesia disambut baik oleh penyokong tuan rumah malah ada yang mengambil kesempatan untuk bergambar bersama.

Perkara ini juga bertepatan dengan saranan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang menggesa agar para penyokong mengurangkan provokasi dan meningkatkan persabahatan antara dua negara serumpun ini.

Malah, menerusi tweet yang dibuat oleh Syed Saddiq, seramai 1500 Anggota Polis telah ditugaskan bersama 400 sukarelawan untuk menjaga keamanan di dalam stadium. Selain itu, sebanyak 400 CCTV telah disediakan untuk memantau sebarang keadaan di dalam stadium

Sumber: Twitter / Syed Saddiq

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra