Siakap Keli

“Comeback Is Real”, Mangsa Buli Bangun Pukul Semula Pembuli Buat Netizen Puas

Kejadian buli terutama di sekolah bagaikan tiada penghujungnya ekoran banyak dilaporkan kes-kes sedemikian. Terbaru, tular di media sosial satu rakaman video yang memaparkan seorang pelajar dikatakan dibuli oleh beberapa orang pelajar yang lain.

Menerusi laporan media tempatan, kejadian yang terjadi di sebuah sekolah agama di Pasir Puteh, Kelantan dipercayai berpunca daripada mangsa disuruh untuk menyiapkan kerja sekolah namun enggan melakukannya.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, mangsa dikatakan enggan menuruti arahan kumpulan pembuli untuk menyiapkan kerja sekolah menyebabkan dia dipukul dan ditendang.

Ekoran kejadian terbabit, sejumlah 10 pelajar berusia 13 dan 14 tahun sudahpun dipanggil untuk diambil keterangan dan siasatan masih lagi diteruskan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Menerusi video rakaman yang tular, mangsa yang telah dipukul beberapa kali tekad bangun untuk membalas semua pukulan tersebut.

Disebabkan mangsa bangun dan menyerang semula pembuli, rata-rata netizen nyata berpuas hati dengan tindakan remaja berkenaan. Apa tidaknya, dakwa netizen perbuatan tersebut membuktikan bahawa bukan semua mangsa buli berdiam diri kerana takut, tetapi tidak mahu mengeruhkan keadaan.

“Bukan taknak melawan, tapi kalau dia melawan risau orang yang buli dia tu lagi teruk kena”

“Btw, aku suka part last, kalau kena buli kita jangan diam, lawan balik bagi dia pengajaran”

“Comeback is real”

“Dia punya puas tu, tujan saja yang tahu. Kaki wajib dibalas kaki”

Sumber: Roha Sema via Twitter, Sinar Harian

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra