Siakap Keli
Foto: The Indian Express

(Video) Harga Sama ‘Mahal’, Pengantin Buat Kejutan Guna Rantai Tomato Ganti Barang Kemas Untuk Bersanding

Kalau di Malaysia, tomato bukanlah satu bahan mentah yang mahal malah boleh dapatkan di mana-mana kedai runcit dengan harga kurang daripada RM 5 ringgit sekilo.

Lain pula dengan Pakistan, harga sekilo tomato mencecah RM 17.40 lebih tiga kali ganda daripada harga di Malaysia. Ini menyebabkan sesetengah pihak berkira-kira untuk dapatkan sayuran ini kerana ia menjadi makanan premium.

Video pengantin perempuan mula tular di sosial media kerana menggunakan perhiasan yang ‘rare’ untuk majlis perkahwinannya.

“Perhiasan Tomato. Kalau anda rasa sudah melihat segalanya dalam kehidupan…”

Difahamkan melalui video berdurasi 2.20 minit dengan 35,000 tontonan mula tular di seluruh dunia.

Perhiasan untuk perkahwinan selalunya menggunakan emas dan berlian, tetapi lain pula oleh wanita ini. Disebabkan harga tomato di negara tersebut melambung tinggi, wanita ini membuat satu kelainan.

“Seperti anda tahu, kos emas dan tomato sangat tinggi. Sebab itulah saya lebih memilih tomato daripada bukannya emas.” kata pengantin wanita tersebut.

Walaupun ada yang menemui idea ‘inovatif’ ini, wanita tersebut digelar sebagai ‘wanita terkaya Pakistan’.

Sumber: Indianexpress

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang