Siakap Keli

Buat Pengakuan Secara Terbuka, Alyah Tampil Dedah ‘Scandal’ Suaminya Selama Ini

Jarang mendedahkan kemesraan di media sosial, isu rumah tangga di antara Datuk Ramli MS dan penyanyi Datin Alyah seringkali mendapat perhatian ramai peminat. Enam tahun berkahwin, keduanya dilihat lebih selesa mengambil sikap merendah diri dalam hubungan.

Terbaru, mendapat perhatian ramai, status dimuat naik Alyah berkisar mengenai hubungannya bersama Tok Ram. Menerusi perkongsian tersebut, Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, membuat pengakuan tentang ‘wanita’ yang menjadi ‘skandal’ suaminya selama ini.

Status tersebut nampaknya berjaya menepis dakwaan oleh peminat yang mengatakan mahligai dibina dengan Tok Ram dilanda badai.ย  ”Memang dia tak pernah letak gambar saya dalam IG tapi dalam telefon banyak tau gambar saya,” tulis Alyah. Amboi memang bersemut habis!

Sebenarnya ni lah skandal saya selama ni..

View this post on Instagram

Kenal tak mamat blakang tu?? Memang jarang nampakla dia dgn saya ๐Ÿ™ˆ Kita orng selalu calling calling je.Jumpa pon senyap senyap shhhhhhhhhh jgn bilang syiapa syiapa ๐Ÿคซ Tahun ni sempena birthday dia saya nak buat pengakuan.Sebenarnya ni laaa skandal saya slama ni….๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ Memang dia tak pernah letak pic saya dlm ig dia dah nama pon skandal…hehehe Tapi dlm fon dia byk tau pic saya sampai muntah dia tengok…๐Ÿ‘ฉ๐Ÿฟโ€๐Ÿญ๐Ÿ‘‰๐Ÿคฎ (Cerita kat atas tu gurau je jgn serious sgt) Happy working peeps Apa apa pon jgn lupa dapatkan perfume saya tau…mesra solat & wuduk @alyahfragrance @alyahfragrance @alyahfragrance โ˜Ž๏ธ๐Ÿ‘‰ 011 28943516 zetty

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on

Berikutan itu, ramai warganet memuji pasangan terbabit yang jarang mempamerkan momen mesra suami isteri di media sosial. ย Rata-ratanya mendoakan agar Alyah dan Tok Ram bahagia selalu dan jodoh berpanjangan.

”Bagus, tak menunjuk datin!”

 

”Yang penting both of you happy together”

”Sweet couple”

Sumber : Instagram alyah81

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.