Siakap Keli
Gambar: FB Miera Rosli

Jumpa Ayah Naik Moto Dalam Gelap Sambil Dukung Anak, Pemandu Ini Tolong Suluh Jalan Sampai Rumah

Kadang-kadang, kita pastinya pernah berasa seakan-akan kenapa dugaan yang telah diturunkan pada kita ini terlalu berat untuk dipikul.

Sudah pastinya kita akan merasakan bahawa betapa tidak adilnya hidup kita ini selepas melihat hidup orang lain seakan-akan senang dan bahagia. Tanpa kita mengetahui, hidup orang lain yang seakan bahagia itu turut ada kesusahannya juga.

Kita seharusnya bersyukur atas nikmat yang telah dikurniakan kepada diri kita. Ini kerana, segala benda yang kita tak hargai itu mungkin berharga untuk orang lain.

Seorang pengguna Facebook yang bernama Miera Rosli ada berkongsikan satu kisah yang berlaku sewaktu dia mahu balik ke Canglun. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Just nak kongsi, semalam 20/11/19 on the way balik ke Canglun.

Dalam keadaan gelap ada motor dengan tak Ada lampu depan & belakang lagi hiba sambil bawa motor sambil dukung anak. Kalau perasan, anak tu sedang lena dipangku bahu ayah dia.

Bukan sorang anak yang dibawa tapi 2, yang si Kakak dalam raga motor. Kesian si anak-anak sebab sejuk terdetik dalam hati nak pergi mana malam-malam ni, mana si isteri dia? Laki kata kita bagi lampu kat dia follow.

Kemudian kami potong tanya nak pergi mana ni? Dengan lampu motor tak dak, bahaya. Dia kata nak balik rumah, dari Jitra. Pastu kami kata mai letak anak dalam kereta, dia tak mau. Mungkin dia tak mau menyusahkan.

*Tambahan : Jalan dari Jitra ke Canglun tau-tau saja la dengan kereta laju-laju, lori besar-besar, dengan mostly lampu jalan tak banyak. Bahaya.

Kami ‘bagi lampu’ sampai ke rumah dia, sampai kawasan rumah dia, laki kata esok check motor tu lampu tak da bahaya, dia kata tadi ada lampu depan, lampu terbakar masa dalam perjalanan. Terima kasih bagi lampu.

Dari situ

1) Jika kita rasa masalah kita besar, ada lagi orang yang ada masalah lebih besar dari kita.
2) Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Ada hikmah Allah bagi kami pengalaman ini.
Tanpa sedar air mata berjurai.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Sumber: Miera Rosli

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.