Berjaya mendapat keputusan yang cemerlang adalah satu impian buat pelajar-pelajar yang baru mendapat keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang baru keluar pada hari Khamis lalu.
Pengorbanan ibu bapa juga terbalas jika seseorang itu memperolehi kejayaan dalam apa saja bidang yang diceburinya. Seperti kisah yang dikongsikan oleh lelaki ini di laman Twitternya, Daus Karim tentang kejayaan adik bongsu dalam peperiksaan.
Kau banggakan aku dik, and paling penting kau banggakan mak abah. You’ve done well this time and hopefully in the future pun sama.
Kau banggakan aku dik, and paling penting kau banggakan mak abah 👍. You've done well this time and hopefully in the future pun sama. pic.twitter.com/raTmPHE5Im
— Gatsby (@dausskarimm) November 21, 2019
Menurut Daus semasa dihubungi, anak bongsu daripada 7 adik beradik ini tidak menyangka keputusan UPSR mencapai 6A. Ia merupakan satu keputusan yang membanggakan untuk keluarganya dan pihak sekolah.
Apa yang mencuri perhatian semua orang, reaksi ibunya ketika menemani gadis cilik ini untuk dapatkan keputusannya. Momen pelukan kasih seorang ibu dan anaknya itu sedikit sebanyak membuatkan air mata netizen mengalir.
“jangan nangis, jangan nangis last nangis juga tengok mak dia peluk”
“Kenapa aku pulak yang menangis woii”
“Jeles tengok orang yang datang ambil result dengan parents…aku mampu tengok je”
“Cara mak dengan anak peluk tu buat nak nangis…adik sapa lah aku pula yang sebak”
“Aku nangis”
Sumber: Daus Karim