Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
ucapan terakhir pensyarah
Kredit: hnii
Tiada Kategori

“Saya Belajar Dari Kamu,” Ucapan Pensyarah Ketika Kelas Terakhir Buat Ramai Sebak

Sofea

“Saya Belajar Dari Kamu,” Ucapan Pensyarah Ketika Kelas Terakhir Buat Ramai Sebak

Salah satu pengalaman yang paling bermakna bagi kebanyakan orang adalah ketika melanjutkan pelajaran di menara gading. Ketika di fasa ini, banyak momen-momen yang akan dikenang sampai bila-bila.

Selain menuntut ilmu, fasa ini juga mempersiapkan kita untuk melangkah ke alam yang lebih dewasa.

Percayalah, hari-hari terakhir di universiti menjadi salah satu momen yang berat untuk dilalui. Apatah lagi apabila tibanya kelas terakhir bersama pensyarah yang disenangi.

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik oleh mahasiswi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang memaparkan ucapan dari pensyarahnya ketika kelas terakhir mereka.

Pengguna TikTok @hnii berkata ia merupakan kelas terakhir bersama pensyarah, Zulkifli Mamat atau lebih mesra dipanggil Cikgu Zul, sebelum peperiksaan akhir semester ini.

BACA: Detik Cemas Ular Sawa Besar ‘Tindih’ Wanita Ketika Tidur

“Terima kasih Cikgu Zul atas segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan. Kelas terakhir ni cikgu bagi ucapan buat kita nangislah,” katanya.

Cikgu Zul yang mengajar dalam kursus Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling itu memberi ucapan yang menyentuh hati dan membuatkan kesemua pelajar terharu.

“Depan saya ini ada 115 buah buku. Saya baca setiap kali saya berjumpa dan bertemu dengan kamu.

“Setiap buku menceritakan watak-watak tertentu yang unik yang takkan sama dengan buku-buku lain. Kalau cerita tak sedap pada buku itu, adakah wajar saya koyak buku itu.

“Sebab itulah penceritaan dalam buku itu, jadi saya kena terima buku itu seadanya di hadapan saya.

“Jadi saya minta kamu halalkan segala ilmu yang saya belajar dari kamu. Kamu adalah buku-buku saya, yang memberi ruang untuk saya membaca pada setiap masa.

“Bila kamu berada di puncak, kamu bukan siapa-siapa, kamu takkan jadi orang hebat selagi kamu rasa kamu lebih hebat daripada orang lain.

“Kamu rasa kamu lebih rendah pada orang, kamu berada di tahap yang paling hebat dalam hidup kamu, buang segala rasa sakit dalam diri kamu. Pengalaman sejarah diri kamu tak boleh dihilangkan.

“Sakit itu mampu dihilangkan dan digantikan sebagai satu pengajaran dalam hidup kita. Belajarlah kamu sampai ke negeri China, belajarlah dari buaian hingga ke liang lahad sebab pembelajaran itu takkan pernah habis. Jauh mana pun ilmu tetap ada,” katanya.

Mengakhiri ucapan itu, Cikzu Zul berkata dia mendoakan kesemua pelajarnya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut mengenali Cikgu Zul berkata mereka merindui pensyarah itu dan mendoakan semoga dia sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

“Semoga Cikgu Zul terus sihat dan sentiasa ceria. Rindu nasihat dan senyuman yang menyeramkan daripada cikgu”

“Rindu Cikgu Zul. Dahulunya guru sekolah di sekolah saya”

“Idola sepanjang zaman.. tak pernah lupa.. Semoga cikgu Zul dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan selalu”

Sumber: TikTok @hnii