Siakap Keli
Kredit Foto: sabah.com.tr

Pernah Masak Guna Beras Basmathi Tapi Tak Menjadi? Ini 6 Tips Mudah Untuk Nasi Lebih Lembut

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kebiasaanya kita jarang menggunakan beras basmathi dalam kehidupan harian kita. Mungkin harganya yang sedikit mahal berbanding dengan beras biasa. Beras basmathi ini kebiasaanya digunakan dalam hidangan tertentu sahaja.

Bagi memastikan beras yang dimasak dengan sempurna, cara memasak beras basmathi tidak sama seperti beras biasa. Ikuti perkongsian daripada Faizah Md Zain untuk memastikan nasi tersebut lembut, berderai dan masak sekata.

Kalau masak nasi guna beras basmathi tip akak untuk nasi yang lembut, berderai dan masak sekata

1.Basuh beras bersih dan rendam 20 minit dalam air yang diletakkan dengan garam sedikit.

Kredit Foto: mashed

2. Sukatan air nisbah 1 cawan beras bersamaan 1 cawan 1/2 air (1/2 tu susu atau santan) bergantung nasi apa yang korang nak masak.

Kredit Foto: iluminasi

3. Untuk memasak akak didihkan dulu air baru masukkan beras.

4. Kacau beras semasa air masih banyak, jika dah kering better kacau sekali je untuk mengelakkan beras kita patah.

5. Untuk mewarnakan nasi korang tunggu air kering baru titiskan pewarna n biarkan sekejap baru kacau.

6. Untuk nasi-nasi yang akak masak untuk tempahan last sekali akak akan letak dua sudu butter (cara akk le).

Kredit Foto: healthlife

Sumber: Faizah Md Zain

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.