Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Tak Tahan Tengok Penghinaan, Viral Video Lelaki Muslim Pertahan Al-Quran Dibakar Pemimpin Anti-Islam Norway

Kredit: Geo.tv

Seorang pemuda Muslim bertindak menyerang seorang lelaki lain didakwa bagi menghentikan lelaki itu daripada membakar al-Quran dalam satu perhimpunan di Norway.

Dalam kejadian tersebut, ketua perhimpunan “Stop Islamisation of Norway (SIAN)”, Lars Thorsen cuba untuk membakar senaskhah alQuran di Kristiansand walaupun telah dihalang oleh anggota polis tempatan.

Ketika cubaan tersebut, seorang lelaki dikenali dengan nama ‘Ilyas’ menerjah masuk ke ruang perhimpunan untuk menyelamatkan kitab berkenaan daripada dibakar.

Thorsen yang kelihatan cemas mencampakkan naskhah terbabit sebelum diterkam oleh Ilyas yang menarik jaket dipakainya serta cuba menendang lelaki anti-Islam itu. Pergelutan berlaku antara mereka menyebabkan anggota polis terpaksa masuk campur untuk meleraikan pergaduhan tersebut dan menahan kedua-duanya.

Menurut portal media luar, sebanyak dua naskhah al-Quran dibuang ke dalam tong sampah dalam demonstrasi berkenaan sementara Thorsen membakar satu naskhah yang lain, menimbulkan kemarahan sebahagian orang awam yang berada di lokasi berkenaan.

Sumber: Geo.tv