Satu tembakan terpaksa dilepaskan oleh pihak polis ke arah tayar sebuah kereta yang cuba untuk meloloskan diri ketika sekatan jalan raya dilakukan di sekitar Kuantan.
Kereta tersebut dipandu oleh seorang lelaki yang disyaki ketua kumpulan geng pecah kedai dan pejabat di sekitar daerah tersebut.
Lelaki berkenaan bertindak memecut laju kerata yang dipandunya bagi mengelak daripada ditahan oleh pihak polis setelah dikesan berada di kawasan sebuah taman permainan di Chenderawasih.
Seorang anggota polis telah tercedera dan terpaksa menjalani rawatan di sebuah hospital setelah mengalami kecederaan ketika cuba menahan suspek.
Cubaan meloloskan diri oleh suspek gagal kerana kereta yang dipandunya berjaya dikejar dan di tahan di sekitar Sungai Lembing.
Menurut ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata suspek berjaya ditahan bersama seorang wanita berusia 24 tahun yang turut bersamanya di dalam kereta ketika itu.
Polis turut menjumpai spanar yang diubahsuai yang dipercayai digunakan dalam aktiviti jenayah yang dijalankan hasil daripada pemeriksaan ke atas kereta kyang dinaiki suspek.
Suspek dan wanita berkenaan ditahan bagi siasatan lanjut mengikut seksyen 457 kanun keseksaan.
Hasil semakan rekod mendapati suspek memiliki 13 rekod jenayah lampau berkait jenayah pecah rumah, curi kenderaan, memiliki dan mengambil dadah.
Ujian saringan air kencing dilakukan dan mendapati kedua-dua mereka positif dadah jenis amphetamine.
Hasil siasatan awal yang dijalankan, suspek mengakui turut terlibat dalam aktiviti pecah kedai Mr DIY di Inderasempurna, Bukit Setingkol dan Balok serta beberapa kes pecah kedai dan pejabat di sekitar Kuantan dan Beserah.
Suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan lima individu termasuk seorang wanita yang ditahan 14 November yang lalu berkait kes pecah kedai Mr DIY di Balok.
Suspek yang berusia dalam lingkungan 22 hingga 38 tahun itu ditahan ketika berada di sebuah hotel (bilik berasingan) di Jalan Tun Ismail 1.
Kesemua suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah serta positif dadah.
Polis turut merampas dua buah kereta jenis Myvi dan Axia, lapan telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM 1, 259 dan peralatan pecah rumah.
Dalam kejadian 11 November lalu, penyelia kedai Mr DIY telah membuat laporan polis selepas premisnya dipecah masuk.
Hasil pemeriksaan mendapati dua peti besi diumpil dan dua rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah dilarikan.
KUANTAN – Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kereta dipandu seorang lelaki disyaki ketua kumpulan geng pecah kedai dan pejabat di sekitar daerah ini bagi menghalang cubaannya meloloskan diri semalam.Tindakan itu diambil apabila suspek berusia 25 tahun itu bertindak nekad cuba merempuh sekatan polis dengan memecut kereta dipandu bagi mengelak ditahan selepas dikesan berada di kawasan sebuah taman permainan di Cenderawasih di sini.Dalam cubaan menahan suspek, seorang anggota polis tercedera di bahagian kaki sehingga terpaksa menjalani rawatan di hospital.Suspek gagal meloloskan diri apabila kereta dipandunya berjaya dikejar dan ditahan di Jalan Sungai Lembing di sini.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, suspek dari Taman Tas di sini berjaya ditahan bersama seorang wanita berusia 24 tahun yang turut berada dalam kereta tersebut.Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas kereta dinaiki, polis menemui spanar yang diubah suai dipercayai digunakan untuk tujuan jenayah."Suspek bersama rakan wanitanya berserta kereta digunakan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan."Hasil semakan rekod mendapati suspek memiliki 13 rekod jenayah lampau berkait jenayah pecah rumah, curi kenderaan, memiliki dan mengambil dadah manakala ujian saringan air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis amphetamine," katanya.Mohd Noor berkata, hasil siasatan awal, suspek mengakui terlibat dalam kes pecah kedai Mr DIY di Inderasempurna, Bukit Setongkol dan Balok serta beberapa kes pecah kedai dan pejabat di sekitar Kuantan dan Beserah.Beliau berkata, pihaknya percaya suspek mempunyai kaitan dengan lima individu termasuk seorang wanita yang ditahan pada 14 November lalu berkait kes pecah kedai Mr DIY di Balok.Menurutnya, suspek berusia 22 hingga 38 tahun itu ditahan ketika berada di sebuah hotel (bilik berasingan) di Jalan Tun Ismail 1 di sini.Mohd Noor berkata, kesemua suspek yang ditahan didapati mempunyai rekod jenayah lampau berkait jenayah dan dadah serta positif dadah."Berikutan penahanan suspek, polis menemui dan merampas dua kereta jenis Perodua Myvi dan Axia, lapan telefon bimbit, wang tunai RM1,259 dan peralatan pecah rumah," katanya.Dalam kejadian 11 November lalu, penyelia kedai Mr DIV berkenaan membuat laporan polis selepas premisnya dipecah masuk.Hasil pemeriksaan mendapati dua peti besi diumpil dan dua rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dilarikan.▶️Sinar Harian#Inforoadblock
Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Friday, 22 November 2019