Siakap Keli

Dengar Lagu Adele Dalam Kereta Boleh Kurangkan Stres, Serangan Jantung – Kajian

Mungkin kedengaran tidak masuk akal dan agak lucu namun saintis menyarankan supaya mendengar lagu Adele ketika memandu kenderaan  untuk mengurangkan stres dan risiko sakit jantung.

Kajian itu dijalankan oleh para saintis di dua universiti  iaitu  Universiti Oxford Brookes di Sao Paulo, Brazil dan Universti Parma di Itali. Kajian kecil itu dijalankan ke atas  lima orang wanita muda yang memandu di Brazil dan mendapati bahawa lagu versi instrumental dari Adele menenangkan mereka.

Versi piano lagu ‘Someone Like You’ dan ‘Hello’ dimasukkan ke dalam senarai lagu yang direka untuk memberikan ketenangan kepada pemandu yang ‘tersangkut’ dalam trafik.

Selain lagu Adele, ada juga beberapa lagu versi instrumental lain yang menjadi ‘heart-calming playlist’ seperti ‘Exile’ oleh Enya, ‘Amazing Grace’ oleh Chris Tomlin dan ‘Electra’ oleh Airstream.

Muzik-muzik tersebut mengurangkan naik turun dalam kadar  degupan jantung yang juga boleh mengelak dari pelbagai lagi masalah kesihatan yang lain.

Menurut Professor Valenti, mendengar muzik semasa memandu melemahkan beban tekanan yang dihadapi oleh seseorang.

“Kami mendapati tekanan jantung  setiap individu yang dikaji berkurang kerana mendengar muzik semasa mereka memandu.

“Tertekan ketika memandu memberikan risiko kepada ‘pembangunan’ penyakit kardiovaskular dan komplikasi serangan jantung,” katanya.

Muzik juga didapati menguasai gelombang irama di dalam otak dan mengawal aktiviti di dalam sistem saraf serta mengurangkan tekanan darah.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra