Siakap Keli

Frozen 2 ‘Box Office’ Kutip Lebih RM500 Juta Di Amerika Minggu Pertama Tayangan

Filem animasi popular Disney, Frozen 2, telah ditayangkan di seluruh dunia sejak minggu lalu.

Di Amerika, Frozen 2 terus melonjak di dalam carta dengan kutipan sebanyak RM530 Juta pada minggu pembukaan mengalahkan Frozen pertama pada tahun 2013.

Filem yang dimuatkan dengan tema muzikal itu bukan sahaja menarik minat kanak-kanak malahan orang dewasa juga.

Menurut Comscore, Frozen 2 juga berjaya mengutip sebanyak RM931 Juta di luar negara dan telah mencapai lebih 1 Billion di seluruh dunia sepanjang hujung minggu lalu.

Filem itu sebelum ini dianggarkan mendapat sebanyak RM501 Juta pada minggu pembukaan di Amerika dan Canada.

Filem original Frozen sebelum ini masuk ke dalam sejarah Box Office dan menjadi filem animasi paling digemari di dunia. Selepas populariti animasi Disney tersebut, jangkaan peminat untuk filem Frozen 2 ini sangat tinggi.

Sumber: BBC

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra