Siakap Keli
Gambar : Daily Star

Cemas, Pesawat Terpaksa Mendarat, Juruterbang Meninggal Akibat Serangan Jantung

Sebuah pesawat yang membawa ramai penumpang terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas juruterbangnya mengalami serangan jantung di kokpit pesawat.

Mangsa yang berusia 49 tahun, merupakan juruterbang kedua pesawat Aeroflot Airbus 320 itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebaik pesawat berkenaan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Platov, Rusia.

Difahamkan, pesawat berkenaan sedang dalam perjalanan dari Moscow menuju ke Anapa.

”Seorang pramugari berlari di dalam kapal dan bertanyakan kepada kami jika terdapat doktor kerana salah seorang kru kapal tidak sihat.

”Beberapa minit selepas itu, kami diberitahu bahawa kapal terpaksa melakukan pendaratan cemas,” kata salah seorang penumpang.

Pendaratan itu diteruskan dengan juruterbang ganti ke lapangan terbang berdekatan sebelum menuju semula ke Anapa.

Sumber : Daily Star

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra