Siakap Keli
Gambar: theborneopost

Media Seberang Cadang Tiga Kelab Indonesia Terbaik Untuk Safawi Beraksi Musim Depan

Jika diimbau kembali perlawanan antara Malaysia menentang Indonesia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dua minggu lepas, nama Safawi Rasid menjadi bualan ramai ekoran aksi cemerlang yang dipamerkan. Apa tidaknya, Safawi Rasid telah menyumbang dua gol yang telah memberikan tiga mata penuh bagi  pasukan Harimau Malaya.

Susulan aksi cemerlang yang dipamerkan, media tempatan termasuklah media dari Indonesia telah membuat liputan mengenai Pemain Paling Bernilai (MVP) yang telah dianugerahkan ketika majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 (ABK 19).

Dikatakan ada juga portal dari Indonesia yang mencadangkan tiga kelab dalam Liga 1 Indonesia yang mungkin sesuai buat pemain sayap hebat ini.

Menurut portal Indosport.com, kelab terbaik yang dimaksudkan adalah Tira Persikabo, Persib Bandung dan juga Persebaya Surabaya. Walau bagaimanapun, ‘hasrat’ tersebut belum dapat dipastikan kerana ianya sekadar rumusan cadangan kelab terbaik yang mungkin sesuai untuk Safawi.

Safawi atau lebih dikenali sebagai Pawi mendapat pujian hebat daripada rata-rata rakyat Malaysia dan tidak terlepas juga daripada pembantu jurulatih Indonesia, Yeyen Tumena yang menganggap pemain berusia 22 tahun itu mempunyai bakat luar biasa.

“Safawi, dari Sukan Asia 2018, saya melihat dia seorang pemain yang sangat baik dan mempunyai bakat luar biasa untuk Malaysia.” – Yeyen

Gambar: affsuzukicup.com

Menurut salah seorang bekas jurulatih Safawi ketika bermain bagi pasukan T-Team, pemain itu pernah menyuarakan hasrat untuk bermain di Liga Indonesia. Mungkin disebabkan itulah beberapa kelab dari Liga 1 Indonesia cuba ‘mengintai’ pemain sensasi yang sedang meningkat naik itu.

Sumber: Indosport.com

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra