Siakap Keli

(Video) Viral Banyak Kereta Tersadai Tepi Jalan, Dipercayai Jadi Mangsa Paku Tabur Atas Jalan

Umum sedia maklum, jalan raya mempunyai pelbagai bahaya yang terpaksa dihadapi oleh semua pengguna. Antara bahaya yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya ialah objek tajam seperti paku.

Seperti satu perkongsian video yang dibuat di Facebook, rakaman memaparkan terdapat beberapa buah kereta yang terpaksa berhenti di bahu jalan dipercayai kerana mengalami masalah tayar bocor.

Menerusi rakaman tersebut, jelas kelihatan beberapa buah kereta yang berhenti ditepi jalan ekoran tidak dapat meneruskan perjalanan kerana mengalami masalah tayar bocor. Insiden tersebut dipercayai berlaku di laluan dari Shah Alam yang menggunakan Lebuhraya Guthrie dikatakan mempunyai banyak paku yang di atas jalan.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan paku-paku yang terdapat di atas jalan raya itu sebenarnya sengaja ditabur atau tercicir dari kenderaan membawa barang seperti lori.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen nyata kesal dan memberikan reaksi marah kepada pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara sedemikian.

“Ni kerja golongan yang takda didikan dan takda hati perut”

“Ada lalu malam tadi, tengok dari jauh banyak kereta dan moto, berhenti tepi jalan ingat ada kemalangan”

“Semoga yang tabur paku tu kemalangan disebabkan paku tu”

Sumber: Facebook

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.