Siakap Keli

Buat Tesis 7 Hari Tanpa Rehat Hingga Jatuh Sakit, Mahasiswa Sempat Tweet ‘Derita’ Sebelum Meninggal

Seorang mahasiswa telah dilaporkan meninggal dunia selepas dia berusaha menyiapkan tesis dalam tempoh tujuh hari berturut tanpa tidur. Sememangnya, untuk menyiapkan tesis memerlukan masa yang agak lama untuk memastikan hasil kerja dapat memuaskan hati pemeriksa.

Namun, tanpa disangka-sangka, kesungguhan untuk menyiapkan tesis tanpa rehat boleh menyebabkan kematian kepada mahasiswa tersebut. Walau bagaimanapun, mahasiswa berkenaan sempat berkongsikan pengalamannya menyiapkan kerja tersebut menerusi halaman Twitter miliknya.

Menerusi tweet yang dimuat naik oleh pemuda itu, dia menceritakan telah menyiapkan tesisnya dalam masa tujuh hari berturut-turut tanpa rehat. Hasilnya, kertas kerja yang dihasilkan olehnya telah diterima dan disahkan telah lulus. Walau bagaimanapun, dia juga berkongsikan bahawa selera makannya berkurang dan tidak dapat menikmati rasa enak pada setiap makanan yang dijamah.

Menyedari tubuh badannya berada dalam keadaan yang tidak sihat, pemuda bernama Jehuda itu pergi mendapatkan rawatan di hospital. Doktor telah mengesahkan Jehuda menghidapi penyakit Anemia.

Setelah mendapatkan rawatan dan kembali sihat, Jehuda sempat menasihati agar rakan-rakannya dan warga Twitter untuk menjaga kesihatan walaupun berada dalam keadaan yang sibuk.

Dia juga menyatakan kekesalannya apabila telah disahkan sakit walaupun tidak mengetahui jenis penyakit yang dialaminya. Walau bagaiamanpun, pemuda itu telah disahkan meninggal dunia oleh kakaknya.

Melakukan kerja tanpa sebarang rehat sememangnya boleh menyebabkan kesihatan seseorang terjejas. Tanpa tidur yang cukup, badan seseorang boleh menjadi lemah. Kematian pemuda ini akibat tidak mendapat rehat sewaktu melakukan pekerjaan sepatutnya dijadikan teladan agar tidak berlaku pada diri kita dan orang sekeliling.

Sumber: Tribunnews

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa