Siakap Keli
Kredit Foto: nypost

Lelaki Tak Sangka, Cincin Kahwinnya Yang Hilang 3 Tahun Di Gunung Berjaya Dijumpai Semula

Seorang lelaki telah berjaya mendapatkan kembali cincin perkahwinannya di atas gunung yang berketinggian 4,000 kaki dan diliputi dengan salji di New Hampshire, Manchestar dibantu oleh beberapa orang pendaki dan pengesan logam.

Menurut laporan WMUR TV, Bill Giguere telah kehilangan cincin tersebut di Gunung Hancock.

Dia telah membuat rayuan kepada kumpulan pendaki bagi mengesan kembali keberadaan cincin yang telah dipakainya sejak 3 tahun yang lalu.

Tom Gately, salah seorang pendaki yang terbaca mengenai rayuan Giguere merasakan mustahil untuk menjumpai cincin tersebut di sepanjang laluan Giguere itu.

Menurut Giguere, dia merasakan cincin perkahwinannya mungkin hilang di tempat di mana dia telah menukar sarung tangannya.

Giguere dan bersama salah seorang kenalannya Brendan Cheever bersama salah seorang pengesan logam telah menjumpai cincin tersebut ketika pencarian dilalukan.

Cheever berkata, “Saya rasa saya telah menjumpainya, di sana, ianya telah diselaputi dengan salji”.

Mendengar jeritan Cheever, tiba-tiba semua yang menyertai pencarian itu terkejut dan merasa gembira kerana mereka telah menjumpai cincin tersebut.

Sumber: NYPost.com

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.