Siakap Keli
Kredit Foto: multibriefs

Nak Elak Pekerja Stress, Boss Syarikat Ini Benarkan Staf Cuti Tanpa Had & Beri Gaji Tahunan Ratusan Ribu Ringgit

Pastinya ramai yang suka jika diberi cuti tanpa had dan cuti sakit berbayar. Hal ini membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti kesukaan anda walaupun terikat dengan pekerjaan. Tidak perlu fikir panjang mengenai kerja, syarikat ini telah menawarkan cuti dan gaji yang lumayan untuk setiap pekerjanya.

Sebuah syarikat yang telah ditubuhkan pada 2015 telah mengemukakan idea dengan menawarkan kakitangan di syarikatnya cuti tanpa had dan cuti sakit yang berbayar.

Dean merupakan Ketua Eksekutif di syarikat tersebut. (Kredit Foto: mirror.uk)

Syarikat ini juga menawarkan gaji tahunan sebanyak 40,000 paun sterling (RM215, 649)

Rocketwerkz, sebuah syarikat pembangunan permainan video, telah membenarkan pekerjanya mengambil cuti sekurang-kurangnya 4 minggu dalam setahun bagi menghilangkan tekanan bekerja setelah penat bekerja.

Mereka hanya perlu memberitahu rakan sekerja mereka jika ingin melanjutkan waktu cuti.

Perkara ini dijalankan adalah untuk mengurangkan tekanan pekerja untuk berfikir mengenai cuti mereka ketika bekerja.

Menurut Ketua Eksekutifnya, Dean Hall, dia meletakkan sepenuhnya kepercayaan terhadap 30 orang kakitangannya untuk menjayakan projek yang bernilai jutaan pauns ini.

Sumber: Mirror.uk

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.