Siakap Keli

Jalan Raya Dinaiki Air, Abam Treler Angkut Mat Moto Atas Lori Redah Banjir

Hujan lebat sejak beberapa hari lalu telah menyebabkan beberapa kawasan di Pantai Timur mengalami bencana banjir. Angka mangsa banjir juga dilihat meningkat dari semasa ke semasa dan penduduk setempat telah diarahkan untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat.

Pusat pemindahan sementara (PPS) juga telah banyak dibuka untuk menempatkan mangsa-mangsa banjir. Selain itu, beberapa laluan juga telah ditutup ekoran paras air yang merbahaya. Kawasan yang dinaiki air menyukarkan dan boleh merosakkan kenderaan terutamanya motosikal apabila meredah air banjir.

Ekoran itu, tular di media sosial dua gambar yang memaparkan beberapa motosikal diangkut menaiki sebuah treler untuk melalui jalan yang dinaiki air.

Tindakan tersebut dibuat kerana dipercayai untuk membantu para penunggang bagi meredah laluan yang dinaiki air. Disebabkan treler mempunyai saiz yang besar dan tinggi, tidak menjadi masalah untuk melalui kawasan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi positif diberikan kepada pemandu treler tersebut yang sanggup menumpangkan penunggang-penunggang yang terperangkap di laluan berkenaan.

“Abam treler lamsam pahala terus, pedehal..alang-alang redah, kasi malaikat tick kire pahala la”

“Borong habis pahala yer abang treler, tak kasi can”

“Sambil-sambil lalu buat pahala.. tahniah semua bekerja sama tolong bawak naik dan turun motor”

Sumber: Noorhashim Mohamad via Siakap Keli Press

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)