Siakap Keli

Mak Didakwa Sibuk Main Telefon Hingga Tak Sedar Anak Terjatuh Kolam, Ditemui Lemas & Muka ‘Biru’

Cyprus – Seorang kanak-kanak 4 tahun mati lemas setelah terjatuh ke dalam kolam dewasa di sebuah hotel di sini ketika ibunya didakwa sedang sibuk menjawab panggilan.

Mya Piper berjalan bersama adik lelakinya, Jonah dari kolam kanak-kanak ke kolam dewasa ketika ibu mereka sedang menjawab satu panggilan penting.

Kira-kira 5 minit kemudian, ibu mereka, Lisa, 40, menamatkan panggilan dan terus mencari mereka, namun hanya menemui Jonah.

Lisa kemudiannya memberitahu polis tentang kehilangan Mya,

“Kami berada di kolam kanak-kanak. Jonah bermain di sisi saya manakala Mya memakai pelampung lengan.”

“Ketika itu saya sedang menjawab panggilan kira-kira selama 5 minit. Saya menjarakkan diri dan tidak dapat melihat mereka, tetapi apabila berpatah balik, saya hanya dapat melihat Jonah.

“Ketika sedang mencari Mya, seorang lelaki dari balkoni tunjuk ke arah kami dan menunjuk ke arah kolam renang besar.”

Lelaki itu menjerit memberitahu ada bayi lemas di dalam kolam tersebut.

Mya ditarik naik oleh seorang wanita namun sudah tidak bernyawa.

“Saya juga ada di dalam air dan dia menghulurkan Mya kepada saya. Dia sudah tidak sedar dan wajahnya biru,” kata Lisa menceritakan detik seorang wanita berusaha menyelamatkan anaknya.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukka  Mya berjalan dari kolam kanak-kanak ke kolam dewasa pada jam 3.54 petang, Jun 2014.

Mya ditemui di dasar kolam enam minit kemudian oleh pengunjung lain dan dibawa ke tepi kolam.

Mangsa disahkan meninggal dunia setelah tiba di hospital.

Sumber: The Sun

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.