Siakap Keli

(Video)“Goal Of The Year”, Viral Gol Epik Gadis UTM Main Futsal Hingga Ditweet Akaun Rasmi FIFA

Gol epik pelajar UTM ini telah menjadi tular sehingga berjaya mendapat perhatian daripada akaun rasmi Twitter FIFA dan bekas pemain bola sepak wanita Amerika Syarikat.

Satu video yang dipercayai memaparkan sekumpulan pelajar perempuan sedang bermain futsal telah menjadi tular di media sosial.

Rakaman video yang berdurasi selama 9 saat itu telah menjadi tular selepas satu gol daripada perlawanan tersebut berjaya dijaringkan dengan cara yang agak unik.

Bukan itu sahaja, apa yang lebih menarik lagi adalah rakaman video tersebut turut mendapat perhatian daripada akaun Twitter rasmi bagi Piala Dunia Bola Sepak Wanita @FIFAWWC.

Goal of the year

Lebih menarik lagi apabila video gol yang unik itu berjaya menarik perhatian bekas penjaga gol pasukan bola sepak wanita Amerika Syarikat iaitu Hope Solo untuk turut tidak ketinggalan meninggalkan komen yang mencuit hati pada video tersebut.

Tweet Bekas penjaga gol pasukan bola sepak wanita Amerika Syarikat

Hasil daripada tweet yang dibuat oleh akaun Twitter rasmi Piala Dunia Bola Sepak Wanita itu telah membuatkan video tersebut mendapat tontonan sebanyak lebih dari 600 ribu pengguna Twitter.

Netizen-netizen di media sosial juga turut tidak ketinggalan untuk memenuhi ruangan komen video tersebut.

Berikut adalah antara Tweet menarik daripada netizen-netizen di Twitter:

Baca: Nak Beli Cash Tak Mampu, Huawei Wujudkan Skim Bayaran Ansuran 0% Interest Untuk Pelajar Beli Gadgetnya

Sumber: @FIFAWWC

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.