Siakap Keli
Kredit: Muhammad Iskandar (Perak Padu Komer!)

Mayat Lelaki OKU Ditemui Mati Tergantung Di Jejantas Terminal Bas

Melaka Tengah – Seorang lelaki kelainan upaya (OKU) ditemui mati tergantung di laluan naik jejantas terminal bas di sini awal pagi tadi.

Mangsa yang merupakan warga tempatan ditemui orang awam pada jam 4.37 pagi sebelum bertindak melaporkan kepada pihak polis.

Lelaki OKU berusia 46 tahun itu telah diturunkan pihak polis dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, pemeriksaan pihaknya menemui pasport Malaysia milik mangsa serta kad OKU, di samping telefon bimbit, tiket bas ekspres serta salinan permit kerja di Singapura.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Sumber: Sinar Harian

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.