Siakap Keli

Musim Banjir: KTM Umum Perubahan Perkhidmatan Tren Di Kelantan

Ekoran keadaan semasa musim tengkujuh di kawasan Pantai Timur, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan perubahan melibatkan perkhidmatan tren yang bermula dari Stesen Tumpat, Wakaf Bharu dan Pasir Mas di Kelantan.

Dimana, Tren No. 27 dari Tumpat ke JB Sentral yang dijadualkan berlepas pada 6.50 petang ini, sebaliknya akan bermula dari Stesen Tanah Merah pada 7.49 petang.

Para penumpang dari Stesen Tumpat, Wakaf Bharu dan Pasir Mas diminta menaiki tren tersebut dari Stesen Tanah Merah dan digesa menggunakan perkhidmatan alternatif untuk ke stesen tersebut.

Sebarang perubahan tersebut berkuatkuasa sehingga notis terkini dikeluarkan KTMB.

Penumpang boleh membuat pertukaran tarikh, masa atau membatalkan perjalanan itu dan pemulangan harga tiket penuh akan diberikan bagi sebarang pembatalan tersebut.

KTMB menyeru para penumpang agar mendapatkan maklumat terkini berkaitan operasi tren-tren di Wilayah Timur dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggannya yang beroperasi 24 jam di talian 03-22671200.

Selain itu, maklumat juga boleh didapati menerusi laman web rasmi www.ktmb.com.my atau ktmberhad (Facebook), ktmbofficial (Instagram), @ktm_berhad (Twitter)

Sumber: KTM Berhad

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.