Siakap Keli
Johor Sana Sini

Safawi Ketinggalan Lebih 200 Ribu Undi, Perlukan Sokongan Rakyat Malaysia Untuk Muncul Gol Terbaik Asia

Umum sudahpun mengetahui bahawa gol jaringan Safawi Rasid dalam saingan Liga Juara-Juara Asia ketika mewakili JDT menentang kelab China dipilih sebagai salah satu calon untuk memenangi gol terbaik Asia.

Bagaimanapun, ketika ini gol tersebut sedang ketinggalan di belakang jaringan daripada pemain Iran Shojae Khalilzadeh dari kelab Persepolis ketika menentang Al Ahli yang kini mendahului undian sebanyak 54 peratus.

Safawi ketika ini memperoleh sebanyak 43 peratus undian. Dari segi jumlah undian, Khalilzadeh menerima sebanyak 1218512 undian manakala Safawi pula menerima sebanyak 972276 undian.

Jika sebelum ini kita mempunyai Faiz Subri yang menerima Anugerah Puskas, ayuh kali ini kita hantar Safawi pula untuk meraih anugerah peribadi di peringkat asia.

Undian tamat 9 Disember ini dan boleh membuat undian disini.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.