Siakap Keli

(Video) Viral Detik-Detik Pengunjung Melayang Dari Buaian Funfair, Besi Penghadang Tiba-Tiba Terbuka Di Udara

Beberapa pengunjung di sebuah taman hiburan fun fair tercedera selepas permainan yang dinaiki mereka itu mengalami kesilapan teknikal sehingga menyebabkan beberapa pengunjung tercampak keluar daripada permainan tersebut.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah karnival di Lopburi, Thailand. Ketika kejadian, seramai 14 orang dikatakan menaiki permainan yang dikenali sebagai ‘cliffhanger’ itu.

Detik-detik cemas tersebut berjaya dirakam oleh pengunjung yang sedang menyaksikan aksi permainan tersebut.

Difahamkan, kanak-kanak yang tercampak keluar daripada permainan tersebut telah tercedera di bahagaian dahi, manakala seorang lagi remaja perempuan didakwa cedera di bahagian kaki.

Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku susulan daripada insiden tersebut.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=126&v=INDrShy6VcM&feature=emb_logo

Sumber: Viral Press

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.