Siakap Keli
Kredit Foto: thenews

Dikecam Buat Pameran Wanita Bogel, Pengarah Muzium Letak Jawatan Selepas Dituduh Cemar Imej Negara

Pengarah muzium seni di Kyrgyzstan telah meletakkan jawatan setelah menerima kritikan selepas mengadakan pameran feminis yang memaparkan wanita bogel.

Ianya dikecam kerana dikatakan merosakkan imej negara tersebut yang mana majoriti masyarakat di sana adalah Muslim.

Bekas Menteri di Kementerian Kebudayaan berkata Mira Djangaracheva meletak jawatannya setelah menerima kecaman negatif ke atas dirinya dan kakitangan muzium tersebut.

Perletakkan jawatan tersebut dibuat kerana kecaman yang diterima olehnya setelah menganjurkan satu pameran yang bertemakan kebebasan ekonomi wanita.

Pameran tersebut telah memaparkan bentuk badan wanita dengan menggunakan punchbag dan satu persembahan bogel telah dibuat oleh seorang artis Denmark, Julie Savery untuk memaparkan penderitaan pekerja seks.

Menurut posting Djangaracheva di laman facebooknya, dia telah meletakkan jawatan tersebut secara sukarela selepas menerima reaksi negatif daripada rakyat negara tersebut.

Sumber: Thenews.com

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.