Siakap Keli
Gambar Bernama

Jalan Kuala Jenderis-Kenyir-Aring Sepanjang Tiga Kilometer Ditutup – JKR

KUALA BERANG, 3 Dis – Jalan Kuala Jenderis-Kenyir-Aring di Laluan PT36, Kilometer 77 hingga Kilometer 80 ditutup kepada semua kenderaan mulai semalam hingga satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Menurut kenyataan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Terengganu hari ini, penutupan itu sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kejadian mendapan jalan di kawasan berkenaan.

“Kawasan jalan raya sepanjang tiga kilometer itu akan ditutup bagi mengelak kejadian buruk.

“Pihak JKR akan memasang papan tanda lalu lintas di lokasi berkenaan sebagai panduan pengguna jalan raya dan mereka dinasihatkan supaya mematuhi arahan yang diberikan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, pengguna jalan raya yang mahu menggunakan jalan alternatif ke Gua Musang dan Cameron Highland perlu melalui Kuala Krai, Kelantan atau Kuala Terengganu-Kuala Lumpur-Ipoh.

Sumber: Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.