Siakap Keli
Kredit: Google

Penyelidik Dapati Perut Boroi Mungkin Boleh Menyebabkan Otak Jadi Kecil- Kajian

Saintis mendapati lemak perut berlebihan menjadi tanda pengurangan jisim kelabu di dalam otak, menjurus kepada pengecutan otak.

Menurut kajian yang diterbitkan jurnal perubatan ‘Neurology’, individu yang mempunyai indeks jisim badan (BMI) dan nisbah pinggang-ke-pinggul yang tinggi memiliki isipadu otak di bawah paras normal.

Kajian ke atas 9,652 individu dengan purata umur 55 tahun itu mendapati kira-kira 1,000 peserta dengan BMI dan nisbah pinggang-ke-pinggul yang tinggi mempunyai purata jisim kelabu yang rendah di dalam otak berbanding 3,000 peserta yang mempunyai BMI dan nisbah yang sihat.

Sementara itu, kira-kira 500 peserta dengan BMI yang tinggi tetapi mempunyai nisbah pinggang-ke-pinggul yang rendah pula mempunyai purata isipadu jisim kelabu yang normal.

Jisim kelabu merupakan bahan yang membentuk sel saraf di dalam otak serta berfungsi untuk mengawal deria termasuk kawalan otot.

Walaubagaimanapun, saintis masih tidak pasti sama ada struktur otak yang tidak normal menjurus kepada obesiti atau obesiti yang menyebabkan perubahan di dalam otak.

“Kami juga menemui kaitan antara obesiti dan pengecutan bahagian spesifik di dalam otak. Ia memerlukan penyelidikan yang lebih lanjut,” kata wakil penyelidik berkenaan, menegaskan bahawa BMI dan nisbah pinggang-ke-pinggul mungkin boleh menentukan tahap kesihatan otak pada masa hadapan.

Walaubagaimanapun, kajian tersebut mungkin tidak mewakili keseluruhan populasi berikutan saiz peserta dan tahap kesihatan mereka, lapor South China Morning Post.

Sumber: South China Morning Post, Neurology

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.