Siakap Keli
Gambar: Bernama

(Video) Detik-Detik Pesilat Negara Disepak Dimuka Tapi Pengadil Teruskan Pertarungan, Emas Jadi Milik Tuan Rumah

Pesilat elit negara, Muhammad Faizul M Nasir ditimpa malang selepas mengalami kecederaan ketika berlawan dengan seorang pesilat tuan rumah, Dines Dumaan pada pusingan kedua Kelas Putra B (50-55kg) di Pusat Konvensyen dan Pameran Teluk Subic hari ini.

Beliau yang merupakan juara bertahan bagi acara tersebut telah gagal mempertahankan gelaran yang dipegangnya itu selepas dilaporkan tercedera gara-gara disepak di bahagian muka oleh pesilat dari Filipina.

Selepas daripada itu, pemegang dua emas berturut-turut temasya yang lalu itu dilihat terbaring sambil memegang di bahagian muka menahan kesakitan hasil daripada tindakan yang dilakukan oleh pesilat Filipina itu.

Susulan daripada itu, pesilat Filipina tersebut telah diisytiharkan sebagai pemenang dengan keputusan 5-0, sekaligus gagal mempertahankan emas yang pernah dimenanginya pada edisi sebelum ini.

Setelah selesai perlawanan tersebut, Muhammad Faizul dilaporkan terus diusung keluar daripada gelanggang tersebut.

Jurulatih silat tanding negara, Mazlan Saari berasa berang selepas mendakwa bahawa  sekretariat pertandingan tidak memberikan bantuan perubatan segera kepada Muhammad Faizul.

Menurut Bernama, Datuk Megat Zulkarnain Omardin memaklumkan bahawa Muhammad Faizul telah dikejarkan ke Hospital Memorial James L. Gordon, dekat sini bagi rawatan lanjut.

“Saya difahamkan pasukan perubatan hospital berkenaan sedang berusaha untuk menstabilkan keadaan Muhammad Faizul,” kata Megat Zulkarnain yang merupakan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2019.

Walau apapun, marilah kita berdoa agar pesilat negara kita ini berada dalam keadaan baik serta dijauhkan daripada perkara-perkara yang tak diingini.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.