Siakap Keli

(Video) Riak Wajah Lelaki Dipercayai ‘Istimewa’ Teruja Dijamu Makan Buat ‘Berkaca’ Air Mata Netizen

Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Oleh itu, di saat kita sedap menjamah nasi, ingatlah bahawa masih ramai di luar sana yang belum pasti rezeki mereka pada hari ini.

“Nak tambah nasi, empat hari tak makan,” kata seorang lelaki istimewa sambil tersenyum dalam sebuah video yang tular di Twitter hari ini.

Gelagat lelaki ini telah menyentuh dan menghiburkan hati orang ramai yang menonton video berkenaan melihatkan caranya yang lucu ketika berkata-kata. Bersemangat dia angguk cakap cukup makan, tapi bersungguh juga dia minta tambahkan nasinya.

“Cukup ke tak cukup?” tanya seorang lelaki kepada pemuda istimewa berkenaan yang sedang menjamah sepinggan nasi bersama segelas air sirap.

“Cukup,” jawabnya sambil terangguk-angguk.

“Tak payah tambah lagi?”

“Nak.. nak,” jawabnya lagi.

“Eh cukup ke tak cukup?”

“Cukup.”

“Dah cukup tak payah tambah lah.”

“Nak tambaaah haha..”

Jawapan pemuda istimewa itu terhadap soalan perakam video berkenaan membuatkan netizen tersentuh..

 

 

 

 

Sedih tengok

 

Orang berhati mulia tak pernah tamak

“Moga Allah pelihara dia dan orang-orang yang kongsi rezeki dengan dia..”

Tak sempat suap, kena jawab soalan

Comel, hilang stress

Selain itu, reaksi pemuda berkenaan turut membuatkan netizen terhibur.

https://youtu.be/N8jqfQ0Dwho

Sumber: Pasad

Amira

Love yourself.