Siakap Keli
Kredit Foto: tribunnews

Dipercayai Kerana Takut Diceraikan, Wanita Didakwa Rela Benarkan Anak Sendiri Dirogol Suami

Seorang gadis dari Indonesia yang dikenali sebagai Mawar, 15, mendakwa menjadi mangsa pemuasan nafsu kepada bapa tirinya sejak empat tahun yang lalu.

Mangsa telah meluahkan perasaannya melalui satu penulisan yang mana dirinya telah menjadi korban terhadap kerakusan nafsu bapa tirinya yang dikenali sebagai TW.

Melalui penulisannya itu, dirinya menjadi mangsa TW sejak empat tahun yang lalu ketika ibunya mula mengalami masalah gangguan jiwa.

Dia berharap ibunya, Tinuk kembali sembuh seperti sedia kala supaya dapat melindungi dirinya daripada perbuatan terkutuk TW.

Namun, apabila dia menceritakan kepada ibunya mengenai perkara ini, ibunya hanya menyuruhnya menolak kemahuan TW.

Apabila Mawar menolak kemahuan TW pasti pertengkaran akan berlaku dan pertengkaran itu akan menyebabkan  gangguan jiwa ibunya akan bertambah parah.

Oleh itu, Tinuk merelakan anak gadisnya itu diperlakukan sebegitu kerana takut diceraikan.

Perkara ini telah terbongkar setelah Mawar sering kelihatan murung ketika berada di sekolah.

Bimbingan kaunseling telah dilakukan keatas dirinya dan segala penderitaan yang ditanggung oleh Mawar selama empat tahun akhirnya terbongkar.

Pihak sekolah dengan segera bertindak dengan melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai kejadian ini.

Suspek telah direman bagi siasatan lanjut dijalankan.

Sumber: Tribunnews, sosok

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.