Siakap Keli

Messi Pecahkan Rekod Menang Ballon d’Or Tewaskan Ronaldo dan Virgil van Dijk

Sekali lagi, buat kali keenam pemain kelahiran Argentina, Lionel Messi meraih anugerah Ballon d’Or 2019.

Pemain yang berusia 32 tahun itu telah mencipta rekod menjadi pemain paling banyak yang menerima gelaran yang dianjurkan oleh France Football.

Bagi personal rekodnya, beliau seklai lagi telah menewaskan pesaing utamanya iaitu Cristiano Ronaldo dan Virgil van Dijk pada majlis baru-baru ini yang diadakan di Paris.

“Seperti yang saya pernah cakap sebelum ini, bahawa saya tidak menjangka untuk mendapat anugerah ini buat kali keenam.”

Tambah beliau lagi, rekod yang dicipta adalah untuk dipecahkan, tetapi tidak tahu siapa dan bila situasi itu akan berlaku.

Messi juga telah dinobatkan sebagai pemenang kasut emas Eropah pada musim ini.

Sumber : Instagram

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)