Siakap Keli

Sayu, Bergenang Air Mata Bapa Dipercayai Diabaikan Merintih Rayu 4 Anaknya Datang Jengah Dirinya

Pasti ramai yang akan mengalirkan air mata apabila menyentuh mengenai ibu atau bapa.

Runtun hati apabila melihat seorang warga emas sedang menanggung sakit merintih supaya anak-anak datang menjengah dirinya.

Kisah hiba ini disiarkan di laman facebook milik Dari Alam Angker mengenai seorang warga emas yang pinta supaya anak-anaknya datang menjenguk dirinya ketika beliau masih hidup.

Menurut butir bicaranya yang seakan tidak jelas berkata”kalau nak tengok-tengok lah, ayah kamu hidup lagi, kalau dah mati tak ada guna kau nak tengok”.

Menurut video tersebut, warga emas berkenaan memberitahu mempunyai empat orang anak.

Ketika beliau bercakap mengenai anak-anaknya, beliau kelihatan sebak dan genangan air mata dapat dilihat di kelibat mata sosok tua itu.

Melalui rintihan tersebut, bertapa besarnya rindu yang ditanggung oleh beliau terhadap anak-anaknya itu.

Jarang sekali dapat kita saksikan seorang bapa menitiskan air mata. Namun jika itu yang berlaku sudah semestinya besar harapan beliau untuk ketemu anak-anaknya.

Rata-rata netizen meninggalkan komen yang positif dengan mendoakan supaya beliau diberikan kesembuhan keatas sakit yang ditanggungnya dan ada juga yang berharap anaknya pulang untuk bertemu beliau walau apapun sengketa yang berlaku dalam kehidupan mereka sebelum ini.

“Allahuakbar..pakcikk..semoga syurga tempat pakcik selamanya”

“YaAllah, kenapalah tergamak anak-anak buat kat ayah dia macam tu”

Sumber: Dari Alam Angker

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.